KPS 3014: PENGURUSAN PEMBELAJARAN



BAB 7 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN


NAMA: ROSLINA BINTI ROSLI 

NO. MATRIK: D20191088615




Bilik darjah | Saffaranirose
sumber: https://saffaranirose.wordpress.com/2014/03/01/classroom/



PENGENALAN

Istilah pengurusan bilik darjah (classroom management) sering dikaitkan dengan usaha-usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan berkesan di sekolah. Ia juga sering kali digunakan bagi merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Sebagai contoh, Brophy (1999) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai proses "membentuk dan mengekalkan persekitaran pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian murid". 

    Apabila diteliti maksud “pengurusan disiplin bilik darjah”; “pengurusan" merujuk kepada cara memudahcara mengendali atau mengawal sesuatu perkara ataupun kumpulan manusia demi mencapai matlamat. Dalam bilik pembelajaran seperti bilik darjah, wujud pelbagai corak tingkah laku pelajar. Objektif strategi ini adalah untuk mencetuskan tingkah laku yang positif dan dapat menyediakan suasana pembelajaran yang aman. Pelajar-pelajar yang mempunyai matlamat datang ke sekolah kurang memerlukan bimbingan daripada guru. Strategi ini memerlukan guru menetapkan dan mengekalkan ketenteraman serta ketertiban dengan mengikuti beberapa peraturan yang telah dibuat. 
    
    Menurut Natvig, Albrektsen dan Qvarnstrom (2001) menyarankan supaya guru memupuk hubungan baik dengan murid di samping memberikan sokongan sosial dan emosi kepada mereka bagi mengelakkan murid tidak membuat perlakuan yang tidak diingini. Iklim bilik pembelajaran di sekolah kini banyak dipengaruhi oleh corak interaksi antara guru dan murid  dan antara murid dengan murid (pengaruh rakan sebaya).

            Selain itu, persekitaran bilik pembelajaran lain seperti makmal, bilik seni dan bengkel juga perlulah berada dalam keadaan yang baik dan mengikut peraturan. Guru hendaklah mengetahui strategi yang berkesan dalam mengawal keadaan makmal sebagai contoh mengawal pergerakan murid ketika melakukan uji kaji di makmal atau mematuhi etika yang betul semasa berada di bengkel. Tambahan juga, guru dapat mewujudkan suasana yang lebih ceria ketika waktu pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan ciri- ciri emosi dan sosial selain di bilik darjah. 

       Dengan berpandukan kepada pengetahuan tentang persekitaran bilik darjah, matlamat pengajaran dan kesedaran tentang keperluan individu dan kumpulan, guru haruslah boleh membuat keputusan bagi memelihara keberkesanan peraturan serta menyokong untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang positif.Justeru, terdapat faktor – faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik pembelajaran antaranya merangkumi ciri fizikal, ciri emosi dan ciri sosial. 

        Strategi mengurus bilik pembelajaran juga adalah berfokuskan kepada iklim bilik pembelajaran dimana terdapat suasana fizikal, sosial dan emosi di dalam suatu bilik pembelajaran. Ciri -ciri tersebut memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan bilik pembelajaran dikekalkan. Guru hendaklah memastikan kawalan di dalam bilik pembelajaran lebih teratur agar strategi pengurusan dapat diaplikasikan serta proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lancar dan berkesan.

Instructional Technology Development In Early Childhood: CIRI-CIRI ...
sumber: http://rilekrilek.blogspot.com.html

KESIMPULAN

   Berdasarkan objektif pertama iaitu,  untuk mengenalpasti strategi mengurus bilik pembelajaran, sesi temu bual dan soal selidik telah dilakukan bersama guru dan pelajar sekolah. Hal ini mebuktikan terdapat strategi pengurusan bilik pembelajaran yang dilakukan sama ada di bilik darjah, makmal atau bengkel. Obejektif tersebut berjaya dicapai berdasarkan kaedah tersebut.

        Selain itu, kajian dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti ciri iklim bilik pembelajaran yang menyokong guru mengawal keadaan sosial bilik pembelajaran. Maksud iklim bilik pembelajaran adalah merangkumi ciri fizikal, ciri sosial dan ciri emosi. Analisa terhadap ciri fizikal, ciri sosial dan ciri emosi di dalam temu bual bersama guru menjelaskan bahawa ciri tersebut telah diaplikasikan di dalam bilik pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar.

        Objektif kajian kami juga adalah untuk menegenalpasti  ciri fizikal, ciri emosi dan ciri sosial di bilik pembelajaran. Berdasarkan tinjauan soal soledik, para pelajar lebih menggemari  pembelajaran berkonsepkan abad ke 21. Contohnya susunan di dalam bilik darjah secara berkumpulan. Interaksi antara pelajar dan guru berlangsung dengan lebih berkesan dan pelajar akan berasa selesa dengan suasana tersebut. Guru juga berjaya mewujudkan suasana di dalam bilik darjah dengan lebih ceria dengan melakukan aktiviti berkonsepkan pembelajaran abad ke-21. Hal ini bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Oleh itu, perbincangan mengenai ciri- ciri fizikal, emosi dan sosial di sekolah berjaya dicapai.

        Secara keseluruhan, objektif mengenalpasti  keberkesanan strategi pengurusan bilik pembelajaran berjaya dicapai dengan mencari dan mengumpulkan maklumat berkaitan strategi pengurusan bilik pembelajaran. Konsep Pembelajaran abad ke21 telah dijalankan di sekolah pada masa kini yang berfokuskan ciri iklim pembelajaran ini iaitu ciri fizikal, ciri sosial dan ciri emosi bagi mewujudkan kemajuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang kini menjadi proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Oleh itu, secara ringkasnya objektif kajian yang dilakukan tercapai.



RUJUKAN

James, E. A. (2014). Strategi-Strategi Mewujudkan Komuniti Pembelajaran.Diperolehi daripada https://books.google.com.my/books?id=tfTLAgAAQBAJ&printsec=frontcover&dq=strategi+pengurusan+bilik+darjah&hl=ms&sa=X&ved=0ahUKEwit3d6wlM3oAhVoyTgGHZTOCuwQ6AEIJzAA#v=onepage&q=strategi%20pengurusan%20bilik%20darjah&f=falsI

Jit Eng, J. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi Mewujudkn Komuniti Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur: PTS publications & Distributors Sdn. Bhd.

muhammad amin, a., & othman, n. (2019). Pengurusan Bilik Darjah Guru Baharu yang mengikuti Program Pembanguna Guru Baharu (PPGB). Jurnal Pendidikan Malaysia, 1(44), 21-27.

Noraini. (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik (Edidi Kedua ed.). Kuala Lumpur: Utusan Publication. Diperolehi daripada https://books.google.com.my/books?id=Wz4w2Cz5ExIC&pg=PA98&dq=strategi+pengurusan+bilik+darjah&hl=ms&sa=X&ved=0ahUKEwit3d6wlM3oAhVoyTgGHZTOCuwQ6AEIQDAD#v=onepage&q=strategi%20pengurusan%20bilik%20darjah&f=false

 

Comments